My Life

By: WaWa Peace

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 3-Dec-2008 13:20 Email | Share | | Bookmark
Tapai Pulut Hijau

 
 
 
View all 5 photos...
Wa telah dilanda kebizian sekali lagi...ujung thn ni byk plak hal kat opis yg nak kena settle...so idea smua da dikerah utk keje..maka tuk merapu kat dlm fp da tarak idea...

Dulu wa da penah janji pd Kak Jie Jie nak tunjuk camne rupa tapai pulut hijau...so kak jie ni le rupa tapai tu....resepinya wa blum sempat nak g mintak kat nenek..wa tau serba sedikit jer..kang wa g tanya kat nenek dl yer...tp rasanya maybe ada yg dah tau kot cara nak buat tapai ni...Kak Meen..akak sure tau kan..ni tapai pemes kat kg kita...

dulu zaman "muda' tapai ni nenek balut ngan daun keladi...pergh...sedap korang..xpyh buh dlm peti ais pun...bila rewang kenduri esp umah org banjar sure ada tapai ni...berbesen2 dowang buat


Tapai pulut hijau

ni kak jie jie yg kasi..mekasih kak...


ni dr shima..tq dik...


mcm biasa rajin2 la singgah kat http://butikwawa.fotopages.com tuk tgk baju2 yg cun-cun.. Tudung ADHWA pun ada...



Quote:
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA BUAT SMUA SAHABAT FP


Tuesday, 25-Nov-2008 13:42 Email | Share | | Bookmark
Hiba Hatiku

 
 
 
View all 7 photos...
Wa tetiba hilang perkataan bila baca email ni...

Quote:
Sayang anakku Akmal Haris - baby yg jatuh dr buaian kt nursery tahun lepas

Kisah ni dr Utusan Malaysia ....sedih baca citer ni terutamanya bila mak dia nk sangat tengok anak ni berjalan walaupun dalam mimpi.


BERAPA ramai ibu yang pernah menempuh pengalaman menyambut ulang tahun kelahiran anak dengan menyorongnya masuk ke bilik bedah.

Ketika anak tersebut sepatutnya girang meniup lilin dan memotong kek hari lahir sambil dikelilingi rakan-rakan sebaya, tubuhnya terlantar tidak bermaya di atas katil ditusuk jarum suntikan dan pisau pembedahan.

Pilu mendengarnya, tapi jauh lebih memilukan bagi yang pernah melaluinya. Bahkan, tiada kata-kata yang mampu mengungkap perasaan seorang ibu menempuhi pengalaman sebegitu.

Bagi ibu muda, Rozarina Bukari, 35, ia umpama mimpi ngeri yang akan menghantui kehidupannya sampai bila-bila.

Segalanya bermula apabila anak keempatnya, Akmal Haris Shamsul Anwar, satu tahun enam bulan, mengalami musibah atas kecuaian pihak yang diberi tanggungjawab melindungi dan menjaganya.

Setiap kali bercerita mengenai peristiwa malang itu, air mata Rozarina pasti deras mengalir.

Menceritakan semula tarikh hitam 7 September 2005, Rozarina masih mengingati satu demi satu detik cemas yang terpaksa dilalui.

Katanya, petang itu dia menerima panggilan daripada pengasuh dari pusat jagaan kanak-kanak (taska) tempat Akmal ditinggalkan pada pagi tersebut.

Si pemanggil beberapa kali meminta dia datang ke taska, tetapi peliknya enggan memberitahu sebabnya walaupun selepas didesak berulang kali.

“Hati saya sudah mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena berlaku. Bergegas saya ke sana dan setiba di sana saya lihat seorang pengasuh sedang mundar-mandir mendukung Akmal.

“Mulanya pengasuh berkenaan enggan menyerahkan Akmal sehinggalah saya menjerit supaya menyerahkan anak saya. Ketika dalam pangkuan, saya lihat keadaan Akmal sudah lembik tidak bermaya dan setelah didesak baru mereka memberitahu anak saya jatuh buai.

“Saat itu juga saya bawa dia ke klinik berhampiran dan doktor memberitahu keadaan Akmal serius perlu dihantar ke hospital. Doktor juga memberitahu anak saya sudah diserang sawan sekurang-kurang 40 minit sebelum tiba di klinik.

“Kemudian baru saya tahu, Akmal rupanya diserang sawan sebaik jatuh dari buai di mana tubuhnya jadi biru, muntah dan mulut berbuih. Malangnya, pengasuh taska mengambil masa lama untuk menghubungi saya,’’ katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Desa Mewah, Semenyih, Selangor.

Menurut Rozarina, saksi kejadian juga memberitahunya pengasuh taska membuai Akmal terlalu kuat dan tali nylon yang dijadikan tali buai putus menyebabkan tubuh kecil itu melambung ke dinding sebelum jatuh ke lantai.

Sambung ibu muda itu, ketika dihantar ke hospital keadaan Akmal begitu menyedihkan, kedua-dua mata hitamnya sudah tertarik ke tepi dan hanya mampu mengerang apabila dipanggil namanya.

“Ujian x-ray menunjukkan kepala Akmal retak dan berlaku pendarahan. Tapi yang lebih mengejutkan terdapat juga kesan darah beku yang sudah lama.

“Doktor mengandaikan Akmal sebelum ini sama ada jatuh atau digoncang dengan kuat berkali-kali. Kata-kata doktor amat mengejutkan saya kerana pihak taska tidak pernah memberitahu apa-apa tentang perkara itu.’’

Buat pertama kali malam itu, Akmal memasuki bilik bedah dan kepalanya ditebuk untuk mengeluarkan darah beku.

Tiga jam berada di dalam bilik bedah, Akmal dibawa keluar dengan keadaan tubuh yang berselirat dengan wayar, langsung ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

“Sukar sungguh untuk saya menerima kenyataan. Bayi yang pagi tadi saya tinggalkan dalam keadaan sihat dan riang, kini terlantar tidak bermaya. Hanya Tuhan saja yang tahu sayu dan gundah-gulananya hati seorang ibu menyaksikan keadaan anak yang sedemikian rupa,’’ katanya menyambung cerita.

Trauma yang dilalui Rozarina dan suami, Shamsul Anuar Saidin, 35, rupanya jauh lagi dari titik noktah kerana keadaan Akmal tidak berubah, bahkan bertambah teruk berikutan tekanan otak sebelah kanannya yang sangat kuat.

“Doktor meminta kebenaran untuk membuang tempurung kepala sebelah kanan bagi mengurangkan tekanan. Katanya, kepala Akmal ketika itu umpama air yang sedang ‘menggelegak’ yang bila-bila masa boleh ‘meledak’ jika penutup cereknya tidak dibuka.

“Doktor memberi dua kemungkinan, jika tidak dibedah Akmal mungkin tidak dapat diselamatkan dan jika pembedahan dilakukan anak saya mungkin lumpuh.

“Bayangkan apa pilihan yang saya ada ketika itu. Saya tidak mampu memberi jawapan kerana terlalu tertekan, tetapi pada hari ketiga saya reda membenarkan pembedahan dijalankan kalau itulah yang dapat mengurangkan penderitaan Akmal,’’ katanya sambil menyeka air mata yang deras mengalir.

Selepas pembedahan, Akmal dimasukkan semula ke ICU dan keadaannya stabil, tetapi hujung jahitan pada tempurung kepalanya yang dibuang pula menghadapi masalah tidak mahu bercantum.

Doktor terpaksa membuka dan menjahitnya semula bahagian tersebut sebanyak tujuh kali tanpa menggunakan ubat bius kerana tubuh Akmal tidak boleh lagi menerima suntikan tersebut.

“Bayangkanlah kesakitan yang ditanggung, sedangkan kita yang dewasa luka sedikit pun sudah mengadu sakit, inikan lagi dijahit ‘hidup-hidup’. Sampai sekarang masih terdengar-denger rengekan Akmal ketika jarum jahitan menusuk kulitnya.”

Mungkin disebabkan kesakitan itu, pada hari ketujuh suhu badannya tiba-tiba naik hingga mencecah 40 darjah celsius. Seluruh tubuhnya menggeletar dan sentiasa mengerang seolah-olah menahan sakit yang amat sangat.

Doktor kemudian memberitahu, anak kecil itu perlu dibedah sekali lagi untuk membuang cecair yang terlalu banyak pada kepalanya yang saiznya semakin membesar.

“Ketika doktor memberitahu Akmal perlu dibedah sekali lagi, hati saya sangat berdebar dan naluri keibuan saya seolah memberitahu saya mungkin tidak akan bertemu lagi dengan anak cukup istimewa ini.

“Sebelum dibawa masuk bilik pembedahan saya cium wajah Akmal sepuas-puasnya. Saya bisikan pada telinganya yang saya sayangkannya dan halalkan susu yang dia minum.

“Saya lepaskan dia dengan hati yang berat tapi saya reda dengan segala kemungkinan yang akan berlaku,’’ katanya.

Keluar dari bilik pembedahan, Akmal koma dan doktor terpaksa menebuk leher untuk memudahkan sistem pernafasannya. Keadaannya begitu tenat dan doktor sendiri memberi tempoh tiga hari untuk hidup kerana tekanan dalam kepalanya terlalu kuat.

Namun, memang benarlah Akmal anak yang istimewa, semangat untuk hidup begitu kuat dan dia terus bertahan biarpun tempoh ramalan doktor berlalu.

Rozarina tetap bersyukur kerana Akmal terus berada di sisinya walaupun dalam keadaan koma dengan matanya terbuka.

“Seperti yang saya kata tadi, Akmal memang anak yang istimewa. Dalam keadaan seperti itu dia masih bertahan, malah dipindahkan ke wad biasa.

“Kebetulan waktu itu sudah masuk bulan Ramadan. Sebulan saya berpuasa dan berhari raya di hospital. Sempat juga saya beli dan pakaiankan Akmal baju raya,” katanya pilu.

Begitupun, keadaan akmal amat daif, badannya melengkung dan kakinya berlipat, sesekali air kencingnya mengandungi nanah.

Rasa lega Rozarina dan suami juga tidak bertahan lama apabila masalah lain pula muncul. Disebabkan pengaliran oksigen yang tidak lancar, kaki Akmal mengalami gengeran dan doktor mencadangkan kaki tersebut dipotong.

“Ia satu lagi pukulan yang maha hebat. Saya tolak saranan doktor kerana pada masa itu saya fikir kalaulah Akmal mahu ‘meninggalkan’ saya biarlah dalam keadaan anggotanya sempurna tidak ada cacat cela.

“Namun, satu hari saya ternampak daging kakinya yang gengeran luruh satu demi satu sehingga menampakkan tulang.

“Kerana terlalu terkejut saya jatuh terduduk. Saat itu juga saya izinkan doktor memotong kakinya jika itu jalan terbaik.

“Saya dapat rasakan dia cukup menderita. Namun, melihat keadaannya, saya insaf selagi Tuhan masih belum menjemput dia sebagai ibu saya perlu bertanggungjawab mencari penawar yang terbaik untuknya.’’

Tiga bulan ‘berumah’ di hospital, Akmal akhirnya dibenarkan pulang ke rumah biarpun dalam keadaan yang begitu daif, hanya terlantar dan tidak boleh bergerak.

Usaha menyembuhkan Akmal tetap diteruskan dengan mencari rawatan alternatif seperti berurut dan fisioterapi.

“Alhamdulillah ada perubahan, badan yang melengkung kembali lurus, manakala kaki dan tangan yang berlipat sudah tegak semula,’’ katanya yang kemudiannya menyambung tugasnya sebagai guru sekolah menengah selepas ‘bercuti’ panjang.

Begitupun kata Rozarina, kesengsaraan Akmal belum berakhir, giliran matanya pula menerima kesan daripada keadaannya yang koma.

Disebabkan keadaan mata Akmal sentiasa terbuka, tidak berkedip dan tiada air mata, mata hitamnya menipis dan berkemungkinan bocor.

“Doktor memberi pilihan sama ada untuk membuang biji mata yang rosak atau menutup terus dengan menjahit kelopak matanya,’’ katanya.

Tidak tahu ujian apa lagi yang harus dilalui anak kecil ini, Rozarina hanya mampu berserah melihat kelopak mata anaknya dijahit rapat untuk selama-lamanya.

Dengan cara itu menurut doktor, biji mata akan kecut dan diliputi daging sekali gus mengelakkan daripada jangkitan virus jika ia dibiarkan terbuka.

Sejak kejadian malang pada usianya baru tiga bulan dan kini mencecah setahun enam bulan, Akmal sudah melalui sembilan pembedahan besar, tiga di kepala, tiga bagi membuang kakinya yang gengeran dan tiga pembedahan mata.

Terkilan
Biarpun reda dengan keadaan Akmal sekarang, jauh di sudut hati ibu kepada empat anak ini, masih terbuku rasa terkilan yang mendalam.
Keadilan yang dicari tidak kunjung tiba apabila pihak yang menyebabkan Akmal berkeadaan begitu masih bebas daripada sebarang tindakan. Bukan saja tidak dikenakan apa-apa hukuman, malah pihak berkenaan kini mengembangkan perniagaan dengan membuka sekurang-kurangnya dua lagi pusat jagaan serupa.

“Saya bukan berdendam, saya cuma mahu keadilan bagi Akmal dan supaya kejadian yang menimpa anak saya tidak berulang pada kanak-kanak lain. Siasatan oleh pihak polis terhadap kes ini sampai sekarang pun tak dengar khabar beritanya.

“Kalau kes ini kecuaian saya boleh terima lagi, tetapi ini kes penderaan. Doktor yang merawat Akmal pun mengakuinya. Saya anggap ia sama seperti kes merompak dan membunuh. Mereka sudah ‘bunuh kehidupan’ Akmal, merompak hak Akmal untuk berjalan, melihat dan membesar seperti kanak-kanak yang lain,’’ katanya dengan air mata berlinangan semula.

Walaupun terlantar, tumbesaran Akmal seperti kanak-kanak normal lain dan kini beratnya sudah mencecah 11 kilogram. Semakin meningkat usia, kos penjagaannya juga semakin tinggi, lebih-lebih lagi Akmal hanya bergantung pada susu khas berharga RM21 satu tin kecil dan dalam sebulan dia memerlukan sekurang-kurangnya 10 tin susu.

Penjagaan terhadapnya juga perlu dilakukan berhati-hati memandangkan sebahagian besar tempurung kepalanya sudah dibuang dan hanya diliputi kulit serta rambut hitam lebat.

Setakat ini menurutnya, hanya pihak Yayasan Kebajikan Negara yang mengambil peduli dengan memberi bantuan lampin pakai buang dan susu selama setahun.

“Pihak taska sudah tidak ambil tahu, malah sejak insiden itu mereka hanya datang dua kali menjenguk Akmal di hospital dan menghulurkan duit sebanyak RM2,000,’’ katanya.

Selain dari segi kewangan, kejadian yang menimpa Akmal memberi kesan kepada seluruh keluarga termasuk tiga lagi anak Rozarina, Farhana Shamsul Anwar, 8, Adam Illman, 6 dan Aizad Haqimi, 3.

Menurutnya, sesekali mereka merungut tidak dapat lagi bercuti ke tempat-tempat yang mereka sukai.

“Bukan tidak mahu membawa mereka bercuti, tetapi keadaan Akmal menyukarkan untuk kami bergerak ke mana-mana. Begitupun, saya berusaha juga sedaya upaya memenuhi permintaan mereka,’’ katanya.

Sebagai ibu, tekanan yang dirasai oleh Rozarina juga bukan kepalang hebatnya, lebih-lebih lagi apabila datang rasa rindu yang tidak tertahan pada anak kecil itu.

“Pada hari lahir saya baru-baru ini, dek kerana terlalu rindu dengan pandangan mata Akmal, saya bisikan pada telinganya, ‘bukalah mata Akmal dan ibu ingin sangat melihat Akmal berjalan walaupun dalam mimpi’.

“Permintaan saya dimakbulkan Tuhan, sayangnya mimpi itu bukan berlaku pada saya sebaliknya pada pengasuh yang menjaga Akmal sekarang. Dia bermimpi melihat Akmal berlari dan tersenyum,’’ katanya sambil mengesat air mata yang tumpah untuk sekian kali.


Walaupun wa blum tawen tp kisah ni mmg menyentuh perasaan wa..mihahahahahaha..napa la hati ku ini hati tisu sgt...



pasttt..si ji'a pun turut sama menjadi ati tisu...hehehehehehehe
(ini hanya gambar selingan jer)

bg yg nak carik baju yg lupa skodeng http://butikwawa.fotopages.com



Quote:
sape nak jumpa wawa ngan tut leh la dtg ke karnival mesra rakyat kat stadium melawati pd hari sabtu dan ahad ni...(29 dan 30 Nov 2008)...apa kami buat kat sana..nntikan kemunculannya


Wednesday, 19-Nov-2008 02:09 Email | Share | | Bookmark
Hasrat Tertunai~Alhamdulillah..

 
 
 
Salam semua..Alhamdulillah....Setelah hampir sebulan merancang projek amal ni maka pada 16hb Nov yg lepas projek ini telah dpt dilaksanakan dgn jayanya…Walaupun terdapat kelemahan dan kekurang dari pihak kami yg menganjur tp secara keseluruhan semua yg hadir tu berpuas ati dan hasrat utk turut serta lg jika ada lg program seumpamanya lagiwa rasa elok la wa cite liku-liku dan cabaran utk menjayakan program amal ni..bukan apa..agar sahabat2 smua tau sebenarnya bukan mudah utk melakukan kerja-kerja amal ni…tp bila sahabat2 da buat dan insyaalh rasa kemanisan buat keje amal akan meninggalkan kesan dlm sanubari sabahat smua.. .(cam ayat wat artikel la plak…hehehehhehehe)


ok skang guna ayat rojak la plak..pd awalnya wa suarakan hasrat nak buat program ni pd azue..sib baik dia setuju..pastu wa deal ngan ila (my ex-opismate) n dia pun stuju..wa mintak ila suggest 1 nama umah kebajikan sbb ila br jer buat survey umah2 kebajikan ni time bulan pose ari tu…maka dr situ la kami dpt Institut Taufiq Islami ni…wa mintak jasa baik ila utk berurusan dgn pihak ITI sbb ila da kenal ngan ustaz yg dikira pengetua ITI tu..so hasil perbincangan maka kami dpt la tarikh yg sesuai iaitu awal cuti sek..

So stat dr tu wa ngan azue pun giat la utk mengajak sahabat2 fp ngan yg bukan fp utk turut serta..Seperti yg dijangka pelawaan itu mendapat sambutan yg dingin pd peringkat awalnya..respon ni sebenarnya mengugat jugak hati rakan2 yg da setuju utk turut serta..wa da jangka hal ni akan berlaku…oleh kerana itu wa yakinkan rakan2 tu utk tekad jugak nak teruskan projek amal ni walaupun nnti hanya 2,3 org yg turut serta..wa dgn rela hati sanggup kehulu kehilir utk mengutip mana2 sumbangan yg diberikan oleh sahabat2 fp yg tak dpt nak join pd hari majlis tu..smua tu bg memastikan projek tu dpt dijayakan..tu la sbbnya wa sampai lambat pd hari majlis…wa dan feqah telah “bersiar-siar” utk mengambil cupcake yg disumbangkan oleh kak daalia…cabaran tu…hehehehehehe..dah tu plak sbb jwb tepon tanak kasi kwn2 lain sesat wa ngan feqah telah terlepas simpang time nak masuk ke KESAS..maka kami pun meneruskan "persiaran: kami…bila da smpai kat Jln Kebun kami sekali lagi ‘bersiar-siar’ utk mencarik ITI tu…mmg journey kami pd hari tu penuh dgn upacara "bersiar-siar"…ngeh..ngeh..ngeh…sib baik la feqah pun jenis yg sabar dan tak gelabah..

Terima kasih yg tak terhingga buat yg sudi menyumbangkan dana dan barang2. Buat Abah along yg membuka jln kepada pengumpulan dana..mekasih bah (cam ucap kat abah sendiri plak..)..Buat mama dan rakan2..terima kasih juga…buat kak miss…cuppies akak tu membuatkan anak2 tu ceria…buat kak meen..wa tak sempat nak jamah swiss roll akak pun sbb leka tgk anak2 tu seronok mkn…buat sahabat FP lain yg turut menyumbang dana terima kasih bebanyak yer…pasni jgn la serik nak join program mcm ni..Terima kasih jugak sbb “percaya” dan sudi utk turut serta dlm projek amal ni..Buat Kak Fzy n ila..mekasih yer sbb sudi amik alih “peranan” wa time wa blum smpai kat ITI tu…if korang xde xtau la mcm mana… (byk tul ucapan terima kasih ni..cam menang award la plak..hehehehehehe)

Buat kwn2 lain tu…pasni marilah kita melembutkan ati kita pd program2 mcm ni..mmg best korang bila korang da rasai sendiri..wa dan tuty adalah yg last skali blk..wa da siap cover mata ngan spek itam lg sbb wa ni ati tisu..maka air mata tu senang je nak mengalir bila hati tersentuh…Salaman dan lambaian anak2 tu aduhai…bikin hatiku sebak…Sesungguhnya bersama anak ITI tu adalah antara kenangan yg terindah…

Haaaa..oleh sbb wa ni ada merangkap cik organizer maka takde sekeping picca pun yg sempat wa amik…huhuhuhuhu..so wa copy paste dr azue je la yer..so nak tgk picca or cite versi lain sila la lawat fp/blog kwn2 yg turut serta pd hari tu…

Yang hadir adalah:-
Azuerina~http://azuerina.fotopages.com
Feqah~http://srsfeqah.fotopages.com
Tuty~http://tutcute.fotopages.com
Wana~http://aiwana.fotopages.com
Kak Jasmeen~http://jasmeen.fotopages.com
Kak Fzy~http://fzyfuzzy.blogspot.com
Ila~http://ila143.fotopages.com



Buat penutup N3 ni sekali lagi…TERIMA KASIH buat semua yg terlibat samada secara langsung ataupun tidak..bagi yg agak negetif terhadap program seumpana ini..doa kami semoga hati kalian dilembutkan..AMIN…

Nota kaki ITI:- Jumlah kutipan yg berjaya dikumpul adalah sebanyak 1.5K, dan smua hasil kutipan telah pun diserahkan kepada ustaz yg merangkap pengetua kat ITI tu..

Nota kakiku: Maaf la yer sahabat2 ku sbb bihun goreng yg ku msk itu tawar…mihahahahahha..1st time tu msk smpai 4kg skali harung….bak kata kak Meen…Wa blum nak tawen lagi…sbb kan biasa org tua2 kata if msk masin itu tandanya nak tawen…mihahahahahahhaha

ni plak kak jie yg kasi..mekasih kak jie..sayang akak..


Tuesday, 11-Nov-2008 11:47 Email | Share | | Bookmark
New Creation~Lovely Hijab

 
 
 
I'm so happy wahai sahabat ku sekalian....Last week dlm pada wa demam2 tu masih sempat menjalankan RND untuk buat tudung....hasilnya amat mengembirakan wa ngan adik wa adda...dan yang paling best sekali ialah...pas je siap hasil terakhir RND tudung tu trus da ada customer...alhamdulillah rezeki yang Allah berikan...wa tak berkesempatan nak amik gambar tudung tu..kami buat utk kawan wa yang nak melangsungkan majlis pernikahan cuti sekolah ni...wa buatkan dia tudung plain kelar putih je sbb dia nak buh lace baju dia kat bahagian cap tudung tu...

selain daripada tu skang wa tgh giat menyiapkan tempahan dr rakan2 rapat yg senantiasa menyokong butikwawa agar lebih berkembang maju...so kat sini secara julung kalinya wa tunjuk hasil RND yg butikwawa da lakukan...bagi berminat nak tempah boleh email kat ssalwa@yahoo.com

SECARA EKSKLUSIF DARI BUTIKWAWA

inilah hasil RND sewaktu wa demam selama seminggu...


Cara untuk memakai tudung ni..




tudung ni adalah gabungan kain selendang sepanjang 1.5m dengan anak tudung (cap) yang dijahit terus ke tudung...so tu yg dia akan elok je terletak kat kepala tu..tak perlu risau lagi psl tudung senget atau herot...smua tudung ni adalah custome made...hasil dari butikwawa sendiri yer...tempahan adalah mengikut warna yang diinginkan oleh customer...

Untuk yang kosong sahaja harganya adalah
RM35.00 tuk selendang sepanjang 1.5meter
RM38.00 tuk selendang sepanjang 1.8meter

Untuk yang dijahit manik beriring keliling selendang
RM45.00 sahaja

Untuk yang lebih glamor cam tudung purple yg wa pakai kat dlm picca tu harga dia RM65.00 sahaja..(if ada yg nak lebih glamer dengan kerdipan manik2 harga akan meningkat la yer..)


buat waktu ini wa blum blh lg nak tunjuk pilihan warna yg ada sbb smua stok yg dlm simpanan wa da ditempah org...so wa upload picca tudung ni sebagai contoh dulu...nnti sape2 nak pilih kaler blh la skodeng kat http://butikwawa.fotopages.com plak yer...ataupun just bgtau wa nak kaler apa..nnti wa akan buatkan tuk korang...




Saturday, 8-Nov-2008 08:43 Email | Share | | Bookmark
Aduhai....

 
Beberapa ari lepas terima sms dr Azue bertanyakan mana wa pegi...jawapannya adalah wa demam...start dr hari selasa smpai la kehari ni blum kebah sgt..tu yg mood nak g nyinggah umah kengkawan tu takde..ditambah plak dgn pening kepala bila ngadap screen laptop ni...apapun projek amal tu ttp akan berjalan...

dah 2 clinic wa pegi..pasni if demam tak kebah jugak wa nak g wat blood test..takut gak kot kena sakit lain kan..demam tak kebah2 ni org kata ada potensi demam denggi..tp nauzubillah..harap2 jgn la kan..
ni pun tak larat nak tulis panjang2...cuma bagi mengelakkan fp ni cam tersadai secara tiba2 maka wa update la barang sekeping gambar...



[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net